===> Ubat kencing manis, klik sini
Perawatan secara segera penyakit kencing manis adalah amat penting bagi memastikan tidak akan berlaku komplikasi lain akibat penyakit kencing manis ini. Apa yang menjadi lebih buruk lagi ialah jika sekiranya seseorang pesakit itu turut menghadapai penyakit-penyakit lain yang termasuklah darah tinggi dan jantung.
Diagnosis
Diagnosis penyakit kencing manis mellitus dibuat melalui ujian darah.
Paras yang dikategorikan sebagai kencing manis mellitus ialah paras glukos darah pada waktu berpuasa yang melebihi 7 mmol/L atau pada bila-bila masa melebihi 11.1 mmol/L.
Oleh itu, bagi mereka yang berisiko bagi mendapat penyakit kencing manis dinasihatkan untuk menjalani ujian darah dari semasa ke semasa walaupun mereka tidak mempunyai tanda-tanda penyakit ini. Walaupun tiada tanda penyakit kencing manis, masih terdapat kemungkinan besar mereka menghidapi penyakit kencing manis.
Selain itu, disebabkan risiko kencing manis meningkat dengan faktor peningkatan usia, mereka yang tidak mempunyai faktor risiko juga dinasihatkan menjalani ujian darah.
Faktor-faktor risiko
Keturunan, kegemukan dan kurang aktiviti fizikal adalah faktor-faktor risiko penyakit kencing manis. Juga sejarah keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis akan meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat penyakit ini.
Orang yang gemuk juga berisiko tinggi dan kegemukan diistilahkan sebagai indeks jisim tubuh (berat badan (kg)/ketinggian (m2)) melebihi 30 kg/m2 atau lilitan pinggang melebihi 80 sm (wanita) dan 90 sm (lelaki).
Obesiti dan kurangnya aktiviti fizikal boleh menyebabkan penyakit kencing manis mellitus kerana ini akan menyebabkan rintangan insulin di mana insulin yang dikeluarkan oleh sel beta pankreas kurang berkesan dalam menurunkan paras glukos dalam darah.
===> Rawatan kencing manis, klik sini
June 5, 2009 at 11:24 pm
[...] telah mengingatkan bahawa terdapat 1.8 juta atau sembilan peratus rakyat negeri ini yang menghidap penyakit kencing manis pada masa ini. Dijangka pada 2020, lima juta rakyat Malaysia akan menghidap kencing [...]
July 23, 2009 at 7:17 pm
well.. it’s like I knew!