Ubat darah tinggi , klik sini

Penyakit darah tinggi adalah merupakan keadaan di mana seseorang mengalami kenaikan tekanan darah di atas daripada garis normal yang pada kebiasaannya ditunjukkan melalui angka systolic (bagian atas) dan angka bawah (diastolic) pada waktu pemeriksaan tekanan darah yang biasanya menggunakan alat pengukur tekanan darah baik yang berupa cuff air raksa (sphygmomanometer) atau pun alat pengukur yang menggunakan alat-alat digital yang lain.

Angka normal tekanan darah pada mereka dengan ukuran tinggi badan, berat badan, level keaktifan normal dan kesihatan secara umum adalah biasanya pada 120/80 mmHG. Dalam melakukan aktiviti sehari-hari, tekanan darah yang normal biasanya adalah pada nilai angka stabil. Bagaimanapun pada secara umum, angka pemeriksaan tekanan darah biasanya menurun pada waktu tidur dan meningkat pada waktu melakukan aktiviti atau berolahraga. Apabila seseorang menghadapi masalah tekanan darah tinggi dan tidak dengan segera dapatkan ubat darah tinggi dan cara pengawalan yang teratur, maka ini adalah mungkin boleh membawa seseorang itu kepada keadaan serius dan kadangkala boleh sehingga menyebabkan kematian. Tekanan darah tinggi secara berterusan juga boleh menyebabkan jantung seseorang itu bekerja lebih keras, dan akhirnya boleh membawa kepada keadaan dimana berlakunya kerosakan kepada pembuluh darah jantung, buah pinggang, otak serta mata. Penyakit darah tinggi ini juga merupakan antara penyebab umum berlakunya stroke dan masalah jantung. Tekanan darah tinggi boleh dikenali dengan dua jenis klasifikasi, iaitu Hipertensi Primary dan Hipertensi Secondary. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah :

  • Hipertensi Primary – Hipertensi Primary adalah satu keadaan dimana berlakunya masalah tekanan darah tinggi akibat daripada gaya hidup seseorang dan juga faktor persekitaran. Seseorang yang mempunyai cara pemakanan yang tidak terjaga dan menyebabkan berlakunya terlebih berat badan atau mungkin obesiti, adalah merupakan pencetus awal bagi seseorang itu untuk terkena masalah tekanan darah tinggi. Begitu pula mereka yang berada dalam keadaan persekitaran atau keadaan stress terdapat kemungkinan terkena penyakit tekanan darah tinggi, termasuk mereka yang kurang beriadah pun boleh mengalami tekanan darah tinggi.

  • Hipertensi Secondary – Hipertensi secondary merupakan keadaan dimana berlakunya peningkatan tekanan darah tinggi sebagai hasil daripada seseorang itu menderita penyakit lainnya seperti kegagalan jantung, kegagalan buah pinggang, atau kerosakan sistem hormon tubuh. Selain daripada itu,bagi Ibu yang mengandung, tekanan darah pada umumnya akan meningkat sewaktu kehamilan berusia 20 minggu. Terutama pada wanita yang berat badannya di atas normal ataupun gemuk.Pregnancy-induced hypertension (PIH), ini adalah istilah perubatan untuk wanita hamil yang menderita tekanan darah tinggi. Keadaan Hipertensi pada ibu mengandung adalah sederhana ataupun tergolong parah/berbahaya, Seorang ibu hamil yang mempunyai tekanan darah tinggi boleh mengalami Preeclampsia pada masa kehamilannya itu.Preeclampsia adalah keadaan wanita hamil yang menghadapi tekanan darah tinggi, sehingga merasakan kesan-kesan seperti pening, sakit kepala, gangguan penglihatan, sakit perut, muka yang membengkak, kurang selera makan, mual bahkan muntah. Apabila berlaku kekejangan sebagai kesan darah tinggi maka disebut Eclamsia.

Ubat darah tinggi , klik sini